Sunday, September 19, 2010

latihan membina rakit..






part 4.

-merupakan latihan awal dalam membina rakit.
-dalam latihan kami ini, kami hanya membuat ikatan mengunakan tali rafia sahaja.
-bagi kegunaan pada masa yang sebenar kami bercadang mengunakan tali guni.

-pada peringkat awal kami mengikat buluh tersebut mengunakan ikatan lilit balak. namun, akibat ikatan yang di hasilkan memudahkan batangan buluh yang di ikat mudah bergerak.
-seterusnya kami menggunakan ikatan ikatan seraya dimana ikatan yang yang di hasilkan lebih kukuh dan kemas.
-bagi menghasilkan tripod, kami menggunakan ikatan sila gunting dimana ianya bersesuaian dengan kaedah membina tripod.

-hasilnya, kami berjaya membina rakit kami dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
hal ini kerana, akibat kerap kali membuat perubahan ikatan menyebabkan tempoh membinanya mengambil masa yang begitu lama.
-setelah itu, kami membinanya semula dimana kami telah merancang jenis ikatan yang akan di gunakan dan berjaya menyiapkan dalam tempoh kurang 30 minit. ianya bertepatan dengan kehendak masa yang di cadangkan bagi membina rakit tersebut.

aktiviti pemotongan buluh..






part 3

-merupakan aktiviti yang penting bagi kumpulan kami.
-hal ini kerana, kerja-kerja pemotongan buluh memerlukan teknik dan pengukuran yang sempurna.

-kami memotong buluh sebanyak 3 batang dan menjadikan kepada 9 bahagian.
-selain itu, kami juga mengambil sebatang buluh yang kecil bagi menjadikan bahagian tripod di atas rakit kami.

-kami memotong buluh di kawasan padang minden.
-buluh-buluh tersebut kami pikul bersama untuk di bawa ke desa kami dan menjemurnya bagi mengeringkan buluh tersebut agar ia menjadi lebih ringan.